Keperluan Rekabentuk & Senibina Rangkaian Kawasan Setempat LAN
Pengantaraan LAN

Home

Pendahuluan
Topologi LAN
Protokol LAN
Sistem LAN
Kajian kes
Pengantaraan LAN
Kelebihan dan Kelemahan
Download

1.  Titi

Pada mulanya, titi digunakan untuk mengantarakan dua LAN yang serupa. Titi telah diperbaiki supaya dapat mengantarakan dua LAN berlainan, e.g., Ethernet dan Gelang Token. Titi boleh ditakrif sebagai peranti yang mengantarakan dua LAN melalui sublapisan MAC.

Titi berfungi menapis (filter) trafik mengikut alamat destinasi supaya hanya menghantar bingkai kepada destinasi yang terdapat pada LAN yang berkenaan. Trafik antara dua PC dalam LAN yang sama tidak akan dihantar kepada LAN yang lain. Penukaran format bingkai juga boleh dilakukan supaya mengantarakan dua LAN berlainan teknologi.

bridge1.jpg

bridge2.jpg

1.1   Titi Lutsinar (Transparent Bridge)

Titi tersebut menggunakan maklumat daripada bingkai yang dihantar untuk mengetahui punca sesuatu bingkai. Pelajaran ke belakang (backward learning) digunakan untuk membina jadual alamat untuk sesuatu LAN. Sekiranya alamat destinasi tidak terdapat dalam jadual alamat sesuatu LAN, maka bingkai akan dituju kepada LAN lain.

lutsinar1.jpg

Pelajaran ke belakang mengambil masa untuk membina jadual alamat tersebut. Pada mulanya, bingkai akan dituju kepada LAN yang lain walaupun destinasinya terdapat pada LAN yang sama. Selepas destinasi menjanakan bingkai, maka titi akan merekodkan alamatnya dalam jadual LAN tersebut dan tidak lagi menujukan bingkai tersebut kepada LAN lain.

1.2   Penukaran format bingkai
 
Sekiranya LAN yang diantarakan oleh titi merupakan LAN berbeza, maka kepala bingkai akan diubah menjadi kepala yang sesuai untuk destinasinya. E.g., Kepala bingkai Ethernet diubah menjadi Kepala bingkai Gelang Token apabila ia diantarakan oleh titi.

Titi dikenal sebagai Peranti Lapisan 2 disebabkan ia memproses kepala bingkai MAC sahaja.

Sekiranya topologi rangkaian terdiri daripada lebih daripada satu pautan antara dua LAN, algoritma pepohon rentang (spanning tree algorithm) akan menentukan laluan yang digunakan untuk menuju bingkai daripada sesuatu LAN kepada LAN yang untuk mengelakkan gelung (loop).

1.3   Titi Penghalaan Punca (Source Routing Bridge)
 

Titi penghalaan punca digunakan dalam Rangkaian Gelang Token. Tiada jadual yang disimpan dalam titi, tetapi pemacu NIC dalam PC menjanakan hala (route) daripada punca kepada destinasi dan menambahkan maklumat tersebut kepada bingkai supaya titi dapat menujunya ke destinasi. Disebabkan kekurangan ruang dalam medan alamat bingkai gelang token, maka bingkai tidak boleh dituju melalui lebih daripada 7 titi.

Bingkai Penemuan (discovery frame) dihantar pada mulanya, yang akan diantarakan oleh setiap titi kepada LAN bersebelahan. Halanya direkodkan dalam bingkai tersebut sehingga ia diterima oleh destinasi. Bingkai tersebut akan dihantar balik kepada punca dengan rekod halanya supaya ia boleh menggunakan maklumat tersebut untuk penghantaran bingkai seterusnya.

1.4   Titi Jauh (Remote Bridge)
 
Titi jauh digunakan untuk menyambung dua LAN yang dipisahkan oleh jarak yang jauh melalui WAN. Format bingkai mestilah ditambah dengan kepala WAN supaya menjadi format bingkai WAN supaya dihantar kepada titi jauh yang lain. Apabila bingkai itu diterima, kepala WAN ditanggalkan supaya bingkai MAC yang asal boleh dihantar kepada destinasinya.

2.  Hab (Hub)
 

Hab merupakan peranti yang menghubungkan dua atau lebih stesen kerja menjadi suatu topologi bas berbentuk bintang dan menyiarkan (broadcast) data yang diterima daripada sesuatu port kepada semua port yang lain. Ia tidak memproseskan bingkai tersebut. Hab boleh diurus (managed hub) ataupun tidak diurus (unmanaged hub). Hab diurus boleh dikawal secara jauh untuk mendapat maklumat trafik, kegunaan, dll. Hab tidak diurus hanya menjalankan tugasnya tanpa sebarang kawalan.

 

3.  Suis (Switch)

 

Hab tidak dapat menampung keadaan trafik sesak. Suis merupakan gabungan hab dan titi yang menapis bingkai supaya mensegmenkan rangkaian. Kegunaan suis dapat memperbaiki prestasi rangkaian CSMA/CD secara mengurangkan perlanggaran yang berlaku.

Suis lebih pantas daripada titi sekiranya ia mengamalkan seni bina laluan potong (cut-through architecture) yang tidak menyimpan bingkai sebelum ia dituju kepada LAN destinasi. Kelemahan seni bina tersebut adalah bingkai yang mempunyai ralat terus dituju tanpa menyemak hasil tambah semaknya. Perkakasan suis mestilah dapat menampung kadar penghantaran data yang tinggi supaya dapat mengantarakan beberapa port berlainan.

Suis boleh mengantarakan segmen berkongsi (shared segment) ataupun segmen khas (dedicated segment) berdasarkan keperluannya.

 

switch.jpg

Segmen khas boleh digunakan untuk membina LAN maya (virtual LAN) yang menakrifkan topologi LAN berdasarkan port suis dan keperluan perisian. Hanya trafik yang dituju kepada VLAN tertentu akan dihantar kepada PC yang dijadikan ahli VLAN tersebut.

switch2.jpg

Suis digunakan untuk memisahkan trafik yang tidak bercanggah daripada diterima oleh PC lain. Ini akan mempertingkatkan kadar penghantaran data antara mesin-mesin dalam LAN. Sekiranya terdapat terlalu banyak trafik yang dituju kepada sesuatu pelayan, maka dua NIC boleh dipasangkan kepada pelayan supaya dapat melayan lebih banyak permintaan secara pengasingan trafik melalui suis tersebut.

switch3.jpg

4.   Pelayan Rangkaian (Network Server)
 

Pelayan rangkaian boleh merangkumi komputer mikro sehingga mainframe, yang bertugas menyimpan data dan melakukan pemproposesan berkelajuan tinggi.

Beberapa ratus MB RAM dibekalkan untuk kegunaan pelayan. Pelayan juga dilengkapi dengan lebih daripada satu pemproses (multi-processor) untuk mempercepatkan pemprosesan data. Tambahan, Perantaramuka Sistem Komputer Kecil (Small Computer System Interface SCSI) biasanya digunakan untuk menyambung cakera keras kepada sistem pelayan supaya mencapai kadar penghantaran data yang tinggi.
Tatasusunan Lewah Cakera Bebas (Redundant Array of Independent Drives RAID) boleh digunakan untuk mengatasi masalah kehilangan data akibat cakera terkandas (crash). Pita sandar (tape backup) digunakan untuk menyandar data cakera untuk kegunaan pemulihan (recovery) secara otomatik dan kerap. Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan (Uninterrupted Power Supply UPS) digunakan untuk mengelakkan kehilangan kuasa elektrik tidak dijangka.
 
5.  Penghala (Router)

 

Penghala digunakan untuk menghantar data antara dua rangkaian yang mempunyai alamat rangkaian yang berlainan. Contohnya, pencapaian Internet.

Kepala MAC ditanggalkan oleh router dan diganti dengan kepala yang bersesuaian untuk rangkaian yang lain tersebut.
Penghala juga boleh mengamalkan ciri-ciri Tembok Api (Firewall) yang mengamalkan polisi kawalan pencapaian (access control policy) antara dua rangkaian. Penghala maju juga dapat menampung Kualiti Perkhidmatan (Quality of Service) yang menjamin kadar penghantaran data, kadar ralat dan lain-lain parameter berkenaan untuk sesuatu sesi penghantaran data. Ini diperlukan  untuk perkhidmatan masa nyata (real-time service) yang digunakan oleh telepersidangan, penghantaran video dan audio, dll.