Keperluan Rekabentuk & Senibina Rangkaian Kawasan Setempat LAN
Protokol LAN

Home

Pendahuluan
Topologi LAN
Protokol LAN
Sistem LAN
Kajian kes
Pengantaraan LAN
Kelebihan dan Kelemahan
Download

Protokol Kawalan Pencapaian Media
(Medium Access Control Protocols MAC)

Protokol MAC membolehkan sesuatu PC menghantar data ke LAN. Disebabkan LAN adalah rangkaian siaran (broadcast network), maka hanya satu PC sahaja yang dibenarkan menghantar data pada seketika masa. Untuk sistem broadband, hanya satu PC dibenarkan menghantar data kepada sesuatu saluran pada seketika masa.

Kategori Protokol MAC termasuk:

  • Protokol berasaskan pertelagahan (Contention Based Protocols): seperti Capaian Berbilang Penderiaan Pembawa dengan Pengesanan Perlanggaran (Carrier Sense Multiple Access with Collision Detection CSMA/CD)
  • Protokol Pusingan Robin (Round Robin Protocols):seperti Laluan gelang (token passing)
  • Protokol Penempahan (Reservation Protocols): seperti Prioriti Tuntutan (Demand Priority)

Protokol berasaskan pertelagahan

Protokol Pertelagahan merupakan protokol Datang Dulu Layan Dulu (First Come First Serve FCFS), iaitu PC pertama yang mendapati saluran tidak digunakan akan menghantar data. CSMA/CD merupakan protokol paling terkenal yang digunakan dalam LAN topologi bas dan bas berbentuk bintang.

CSMA/CD merupakan protokol dupleks-setengah. PC mengesan media untuk menentukan sama ada PC lain sedang menghantar data. Jika ya, ia akan tunggu dan mengesan sekali lagi. Masa tungguan tersebut bergantung kepada jenis protokol CSMA/CD yang digunakan. Jika tidak, PC tersebut akan menghantar data melalui media. Setiap PC pada LAN akan menerima isyarat tersebut walaupun ia dituju kepada PC tertentu sahaja. PC dituju akan menerima data dan memproseskannya, manakala PC lain mengabaikan data tersebut.

Sekiranya perlanggaran (collision) berlaku, PC punca penghantaran data tidak dapat menerima isyarat yang dihantarnya dengan betul. Ia berlaku sekiranya lebih daripada satu PC menghantar data pada masa yang sama. Disebabkan masa lengah penghantaran (propagation delay) antara PC yang berlainan, dua PC mungkin tidak mengesan penghantaran data dan cuba menghantar data pada masa tersebut, yang disebut sebagai Tetingkap Perlanggaran (collision window).

pertelagahan.jpg

Sekiranya trafik pada rangkaian adalah kurang, maka perlanggaran jarang berlaku. Kemungkinan perlanggaran meningkat apabila trafik menjadi sesak. Oleh sebab itu, protokol CSMA/CD merupakan Protokol Tanpa Penentuan (Non-Deterministic Protocol) sebab masa penghantaran data tidak dijamin.

Masa pengesanan untuk CSMA/CD bergantung kepada algoritma yang digunakan:

  • Algoritma Tak-Berterusan (Non-persistent Protocol) menunggu untuk tempoh rawak (random delay) apabila media sedang digunakan sebelum cuba mengesan media lagi. Algorithma ini tidak begitu cekap sebab kemungkinan media tidak digunakan lagi sebaik sahaja ia dikesan
  • Algoritma 1-Berterusan (1-Persistent Protokol) mengesan media secara berterusan sehingga media tidak lagi digunakan, dan menghantar data secara segera. Sekiranya 2 PC mengamalkan algortima tersebut, perlanggaran akan berlaku
  • Algoritma p-Berterusan (p-Persistent Protokol) mengesan media secara berterusan sehingga media tidak lagi digunakan, dan kemudiannya menghantar data berdasarkan probabiliti p, ataupun menunggu tempoh rawak berdasarkan probabiliti (1-p). Ia dapat mengelakkan masalah algoritma 1-Berterusan secara memilih nilai p yang sesuai

Protokol Pusingan Robin

Setiap PC menghantar data secara giliran secara adil. Oleh sebab itu, setiap PC yang ingin menghantar data mestilah menunggu gilirannya. Protokol Laluan Token (Token Passing Protokol) adalah protokol pusingan robin yang terkenal yang digunakan oleh Rangkaian Gelang Token (Token Ring Network) dan Rangkaian Bas Token (Token Bus Network).

Masa penungguan untuk menghantar data ditentukan, dan ia dikenal sebagai Protokol Berpenentuan (Deterministic Protocol)

robin.jpg

Kelemahan Protokol Gelang Token adalah kekompleksan perisian yang diperlukan untuk mengawal token.Rangkaian Bas Token digunakan dalam kilang untuk mengawal mesin pengeluaran. Ia menggunakan protokol laluan token pada topologi bas untuk mengimplementasikan gelang secara logikal.

Namun, teknologi rangkaian gelang token tidak popular sebab kelajuan dan kosnya tidak boleh bersaing dengan teknologi CSMA/CD.

Protokol Penempahan
 
Protokol Prioriti Tuntutan (Demand Priority Protocol) yang berdasarkan IEEE 802.12 merupakan protokol penempahan yang menghantar permintaan kepada hab pusat untuk menghantar data. Hab pusat menyemak talian daripada setiap stesen kerja secara pusingan robin. Selepas permintaan telah diterima, permintaan prioriti tinggi dilayan dahulu sebelum permintaan prioriti rendah. Ia mempunyai ciri Laluan Token semasa tahap trafik yang tinggi, dan ciri CSMA/CD semasa tahap trafik rendah.