Keperluan Rekabentuk & Senibina Rangkaian Kawasan Setempat LAN
Kajian kes

Home

Pendahuluan
Topologi LAN
Protokol LAN
Sistem LAN
Kajian kes
Pengantaraan LAN
Kelebihan dan Kelemahan
Download

Rekabentuk LAN untuk sesuatu pejabat untuk:

·        E-mel

·        Pangkalan data

·        Pencapaian terhad ke Internet

·        Pencetak warna

kajian1.jpg

Disebabkan keperluan perisian dan pencapaian rangkaian tidak memerlukan perkhidmatan masa-nyata, maka teknologi CSMA/CD boleh diamalkan. 100 Mbps Ethernet mempunyai kos setara dengan 10 Mbps dan dapat menampung keperluan pejabat tersebut serta membolehkan perkembangan LAN tersebut. Optik gentian digunakan untuk menyambung dua hab yang dipasang untuk mengatasi masalah jarak antara dua hab tersebut.

kajian2.jpg

Rekabentuk LAN untuk seseorang penghuni rumah untuk mengkongsi talian telefon ke Internet dan menyaling-tukar data antara dua PC:

lanpenghuni.jpg

Pemasangan LAN dalam setiap pejabat mewujudkan isu pengantaraan LAN tersebut supaya pengguna dapat mencapai data daripada pejabat lain untuk menjalankan tugas mereka. Get laluan (gateway) digunakan untuk tugas tersebut. Jenis-jenis get laluan termasuklah: titi, hub, suis, dan penghala.

Pengantaraan juga diperlukan sekiranya dua LAN menggunakan teknologi yang berlainan. Tambahan, sesuatu LAN yang terlalu sesak boleh dibahagikan menjadi dua atau lebih LAN yang diantarakan sesama sendiri.

Pengantaraan juga dapat mempertingkatkan keselamatan dan menyenangkan pengendalian LAN untuk pejabat di tempat berlainan dalam sesuatu bangunan. Tambahan, pencapaian sistem mainframe daripada PC juga dapat dibekalkan melalui pengantaraan LAN.
 

Sila rujuk

Pengantaraan LAN

untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis get laluan.

Pembaikan Pengantaraan LAN

pengantaraan.jpg

Untuk membolehkan pencapaian Internet daripada pejabat, talian T1, Penghala dan alamat IP diperolehi.

pengantaraan2.jpg

Disebabkan peningkatan tahap trafik akibat pencapaian ke Internet, maka rangkaian asal tidak dapat menampung trafik yang terkini. Separuh pengguna mencapai pangkalan data secara kerap, manakala separuh pengguna mencapai Internet secara kerap. Untuk mengasingkan trafik tersebut, satu suis dipasangkan pada rangkaian untuk mengganti hab, dan pelayan pangkalan data disambung terus kepada suis tersebut. Rangkaian ini dapat menampung keperluan pengguna pada masa ini.

pengantaraan3.jpg