Keperluan Rekabentuk & Senibina Rangkaian Kawasan Setempat LAN
Sistem LAN

Home

Pendahuluan
Topologi LAN
Protokol LAN
Sistem LAN
Kajian kes
Pengantaraan LAN
Kelebihan dan Kelemahan
Download

Ethernet
 
Ethernet merupakan sistem LAN pertama dan paling umum digunakan terkini. Ia berdasarkan topologi bas atau bas berbentuk bintang, dan menggunakan CSMA/CD sebagai MAC. IEEE 802.3 merupakan piawaian untuk rangkaian Ethernet. Kelajuan Ethernet yang biasa adalah 10 Mbps, 100 Mbps dan 1000 Mbps (Gigabit Ethernet).

ethernet.jpg

 
Gelang Token
 
Rangkaian Gelang Token diamalkan oleh IBM, dan menggunakan kadar penghantaran data 4 Mbps, 16 Mbps, dan 100 Mbps pada masa terkini. Namun, ia semakin kurang digunakan dalam LAN sebab kos dan pencapaiannya tidak meluas.
Perantaramukaan Teragih Data Gentian (Fiber Data Distributed Interface FDDI) 100 Mbps dicipta untuk mengatasi masalah kadar penghantaran data yang rendah dalam rangkaian Gelang Token. Optik Gentian digunakan untuk menyambung nod kepada MAU, dan terdapat dua gelang yang digunakan untuk menghantar data secara dwihala.  Sesuatu nod boleh disangkut (attached) kepada satu ataupun dua gelang tersebut. Tambahan, pengekodan 4B/5B digunakan untuk mengelakkan frekuensi penghantaran data menjadi 200 MHz sekiranya pengekodan Manchester diamalkan.

token.jpg

FDDI juga mengubahkan cara laluan token supaya setiap nod dapat menambahkan data yang dihantarnya selepas mesej yang dihantar oleh nod sebelumnya. FDDI merupakan teknologi yang biasanya digunakan untuk rangkaian tulang belakang semasa Ethernet dan Gelang Token masih berkelajuan 10 Mbps dan 16 Mbps. Namun ia semakin kurang diamalkan sejak Gigabit Ethernet diperkenalkan.

100VG-AnyLAN
 

Teknologi ini menggunakan Pencapaian Prioriti Tuntutan (IEEE 802.12) untuk mencapai kadar data 100 Mbps.Ia dapat menampung format Ethernet dan Gelang Token melalui Kabel Cat-3 tetapi umumnya menggunakan Kabel Cat-5 untuk penghantaran data.

Sesuatu LAN 100VG-AnyLAN boleh dilata (cascaded) sehingga 3 lapisan melalui port lata (cascade port). Namun, serupa dengan FDDI, ia kurang diamalkan disebabkan kewujudan Gigabit Ethernet.

100vg.jpg